Friday, April 17, 2009

Berita Kampus 080808



Ini je ke? Mana yang lain nie.

Aku Dalam Sejarah

Menyingkap sejarah hidup zaman budak-budak dulu, banyak jugak benda ‘suci’ dan ‘kotor’ yang pernah aku buat. Maaf , tiada ‘dacing’ untuk menimbang sejauhmana ‘kesucian’ dan ‘kekotoran’ yang dah aku buat.

Dulu, rakan-rakan sepermainan aku semuanya lelaki. Sebut saje permainan ‘kampung’ ape, semuanya aku main. Polis entry, masak-masak, galah panjang, kaki tiga, lompat tali, ting-ting, baling tin, congkak, main biji getah, mandi sungai, panjat pokok, lastik burung semua tu kat hujung jari aku. Kawasan rumah aku pulak selalu jadi ‘port’ kita orang untuk main. Sungguh aku tidak tahu kenapa begitu ramai lelaki yang aku ada dulu sehinggakan adik-beradik aku sendiri pernah ‘menjodohkan’ aku dengan beberapa lelaki di kampung aku.

Arwah tok guru yang mengajar aku mengaji dulu pernah menganggap aku lelaki disebabkan sifat ‘kelelakian’ yang lebih menonjol dari ‘kewanitaan’. Pakaian yang aku pakai masa pergi mengaji tak sama dengan budak-budak perempuan lain yang sememangnya ayu dan sopan.

Sekolah rendah dulu, aku jadi manusia pemalu, pendiam, sopan-santun, lemah-lembut dan macam-macam sifat kewanitaan yang wujud. Sayangnya, itu semua hanya di sekolah. Sifat-sifat tu semua aku ketepikan atau mungkin jugak aku dah buang jauh-jauh bila kat rumah. Hipokrit!!!!

Dulu, aku malas buat ‘homework’ terutama Matematik. Dengar perkataan ‘matematik’ saje dah cukup menggelikan aku. Tak ada sebab untuk aku suka matematik melainkan cikgu matematik tu tergolong dalam kalangan kacak dan cantik. Setiap hari, mesti ada ‘homework’ matematik dan setiap hari jugak aku ‘copy’ apa-apa yang patut dari buku kawan aku. Jawapan, langkah pengiraan, formula, semua aku ‘copy’ untuk mengelak dari dikenakan hukuman mandatori.Huh. Kejam!!!

Tingkatan dua, aku pernah ponteng sekolah. Langsung tak masuk kelas. Sorang-sorang pulak tu. Sebab? Entahlah. Aku sendiripun tak pasti macam mana aku boleh bertindak ‘senakal’ itu. Aku lepak kat kawasan klinik, sebelah sekolah aku hinggalah waktu balik.
Beberapa hari lepas tu, mak aku terima undangan dari cikgu kelas untuk ke sekolah.Aku kira dah cukup bijak masa tu, tapi ternyata belum cukup bijak.Pelik, macam mana dia tahu aku ponteng. Tak pasal-pasal mak tahu sama. Ahhh. Kantoi!!!

Dulu jugak, aku pernah ‘buka kedai’ dalam kelas aku, jual kerepek ubi kayu pedas. Saje, tolong mak sambil cari duit poket lebih. Satu bungkus 50 sen. Laris. Siap ada pelanggan tetap lagi. Tempahan pun aku terima. Mula-mula jual sikit sebab nak test market . Bila ‘empayar kerepek ubi’ mak aku sampai ke kelas sebelah, terpaksalah aku pikul beg sekolah yang sarat dengan kerepek ubi tiap-tiap hari. Kalau ada yang tak habis, aku derma kat cikgu-cikgu. Bila fikir balik, seronak jugak. Memang aku tak nafikan, kerepek ubi kayu pedas mak memang sedap. Tiada tandingan.

Seingat aku, masa tengah-tengah STPM dulu, aku pernah kemalangan. Masa tu baru balik dari study group kat rumah kawan, beberapa hari sebelum paper ekonomi. Aku yang bawak motor tapi member aku yang duduk kat belakang jadi mangsa. Teruk juga dia luka, lebam-lebam dan bengkak seluruh badan. Masa tu jugak aku rasa bersalah. Aku tak pasti sama ada aku yang bawak motor laju atau dia yang tak reti ‘duduk diam’. Nasib baik jalan kampung dan nasib baik jugak motor abah aku tak luka, lebam dan bengkak. Kalau tak, mungkin dah kena shoot dengan abah. Koman-koman pun kena kuarantin tak bagi naik motor. Kesian kawan aku, tak pasal-pasal datang exam dengan badan lebam-lebam. Kawan-kawan panggil aku ‘minah rempit’ sejak peristiwa tu.

Cikgu sejarah masa aku tingkatan enam dulu sangat ‘best’. Aku ingat lagi yang dia pernah bagitau budak-budak kelas aku dia nak beli Mercedes suatu hari nanti. Masa tu, dia dah ada Unser. Beberapa hari yang lepas, balik dari KB sengaja aku turun bas depan sekolah. Tengah tunggu adik datang ambik, aku berdiri betul-betul depan pintu pagar sekolah sambil mata aku ‘merayau-rayau’kawasan sekolah yang aku kira dah banyak bezanya. Pusing belakang, sebuah Mercedes hijau tua yang aku kira masih baru tiba-tiba saje ada di belakang aku. Hampir luruh jantung aku bila terpandang cikgu sejarah aku ada dalam ‘perut’ Mercedes tu sambil tersenyum-senyum memandang aku. Aku terkedu untuk seketika waktu. Sepatutnya, ucapan ‘tahniah’ harus diberi kepada cikgu aku ketika itu kerana cita-citanya untuk memeliki Mercedes tercapai tak kurang dari lima tahun.

Tuesday, April 14, 2009

Cikgu Mali Dari China



Mali lao shi (Cikgu Mali)..

Nama ini
,
yang pernah buat aku ‘berat’ untuk ke kelas suatu ketika dulu.
Juga pernah membuat aku hampir-hampir menggugurkan kursus LAC200


Cikgu,
yang satu ketika dulu pernah membuat aku menangis…
pernah juga aku dimarahinya kerana tertidur dalam kelas.

Dulu,
Wanita ini pernah membuat aku stress dan tension..
Penumbuk wanita ini juga hampir sampai ke muka aku tak lama dulu.
Aku masih lagi bernasib baik sebab tak ‘mencium’ penumbuknya.

Aku masih ingat dulu…

Apabila dia memanggil aku ke mejanya kerana ada banyak kesalahan dalam ‘homework’ aku. Saat itu juga dia memperbetul ‘homework’aku. Aku hanya mampu tersenyum waktu itu disaat orang lain sudahpun meninggalkan kelas.

Apabila dia memanggil nama HAJIDAH dengan sebutan Mandarinnya yang pekat. Saat itu juga aku ketawa ‘pecah perut’ dalam hati. Kalaulah dia tahu aku gelakkan dia masa dia sebut nama aku, mungkin diapun akan buat benda yang sama masa aku baca teks bahasa Cina. Percayalah, aku merindui saat-saat dia memanggil nama aku.

Apabila dia terserempak dengan aku di tepi jalan dan sambil tersenyum terpancur satu pertanyaan dari mulutnya, “Ni hao ma?” Aku dikira bertuah kerana inilah ayat pertama yang aku belajar sewaktu aku mula-mula belajar Bahasa Cina dulu. Sebelum ni pernah juga beberapa kali terserempak, tapi yang untungnya aku berjaya ‘memboloskan’ diri .

Apabila dia menegur aku kerana menjawab soalan yang diberikannya dalam Bahasa Inggeris, bukannya dalam Bahasa Cina sewaktu ‘oral speaking’ tak lama dulu. Aku sendiripun tak tahu macam mana boleh terkeluar jawapan yang memang tak dirancang tu.

Apabila dia berkali-kali mengatakan “ you didn’t study?” kepada aku disaat aku tidak dapat menjawab soalan dan semasa sesi ‘spelling’. Betapa ‘kejinya’ ayat yang ditujukan kepada aku tu. Sesungguhnya, dia tidak mengetahui bahawa aku terpaksa melantik beberapa ‘cikgu’ lain untuk menghadapi situasi seperti itu. Sejak itu, aku sengaja melambatkan diri untuk ke kelasnya.

Apabila dia memanggil aku ‘top student’ pada hari terakhir kelas LAC200. Sudah tentu aku tersenyum ketika itu. Sampai sekarang aku masih lagi terfikir ‘top student’ jenis apa yang Cikgu Mali maksudkan.


Sejujurnya,
Aku pernah merasa Cikgu Mali amat membenci diri aku.
Pernah juga terasa yang akulah pelajar paling teruk.
Juga pernah terfikir yang akulah pelajar paling ‘tak pandai’ dalam kelas tu.
Saat aku muhasabah diri, terasa banyak dosa aku terhadap Cikgu Mali.

Cikgu Mali….

Gan xie
Wo hen xi huan ni
Zai jian…..

Saturday, April 11, 2009

Kisah Aku dan Dia






Tengok gambar kat atas.
Cuba create satu story tak lebih dari 10 ayat.




Skandal Impact Night Wan




Tengok!!!! Apa yang Wan dah lakukan dengan seseorang yang bukan menjadi miliknya.
Nie hanya sebahagian...ade lagi yang lebih panas.
Masih menanti interpretasi LELAKI KACAK Wan.

Wednesday, April 8, 2009

Aku Pasrah. Betul-Betul Pasrah

Wan,

Kat karangkraf jumpa Hajatulziemah dan Iera.
Tak sangka diaorang pun dapat interview yang sama.

Peluang?

Sekarang ni masih tak nampak lagi.
Kalau nampakpun samar-samar.

Terkejut...
sebab ketiga2 orang yang interview saya semua orang KLATE..
Tak sangka boss Sinar Harian orng KLATE..

Karangkraf..
bangunannya sama ,tak ubah macam kilang..
tak macam Bernama yang bertingkat-tingkat tinggi.

Kelakarnya,
diorang tanya saya bila kali terakhir MEMANDU..
saya jawab.....
saya jawab.....

arggghhhh...

gilanya soalan.