Saturday, February 28, 2009

Aku teruja. Terujanya aku.

Huh...

Hari ini student USM paling sibuk
Ya, sibuk menghadiri pelbagai program yang jatuhnya pada hari yang sama.
Pastinya, orang-ornag seperti NC dan TNC antara orang yang paling sibuk hari ini.
Seluruh pelosok USM ada event hari ini.
Tak ketinggalan kat Pusat Pengajian Sains Komputer
Tempat di mana berlangsungnya ceramah yang konon-kononnya WAJIB hadir.
Sebelum tidur lagi aku bertekad nak datang lewat
Kalau bernasib baik, nak skip.
Hah,
Aku antara orang yang lambat sampai.
Syoknya, siap dapat breakfast free lagi.
Berita baik,
Dalam tentatif program, pukul 10.15pg ada tea break.
Yes!!!
Peluang baik untuk skip.
Ohhh,
rupa-rupanya ramai budak J yang satu matlamat dengan aku.
keluar ketika time tea break dan terus ke tapak konvo.
Hey,
"cepat...Farah Fauzana ada kat sana."
Alah...
kamera lupa nak bawak.
Tak pe, tengok pun dah cukup.
Kalaulah Fahrin Ahmad yang datang, aku sanggup balik Bakti amik kamera.
Aku ingat nak masuk balik dengar ceramah lepas Farah Fauzana balik,
Tapi, aku terpaksa membatalkan niat aku yang suci tu sebab.....
Aku tengok 'Dr J' dan 'Dr A' yang mewajibkan kami mendengar ceramah pagi ni sedang 'bersuka ria' di tapak konvo.
Ciss!!!
*************
Petang ada satu misi lagi, PADU..
Separuh akhir antara Bakti dengan Saujana
Jumpa Liza kat SK, budak J dan antara penyokong kuat Saujana.
Paling penting, dia pun skip ceramah hari ni..
Liza satu-satunya member yang aku jumpa kat sana.
So, terpaksa duduk dalam kalangan penyokong saujana
Abang Lan dan MPD bakti yang lain asyik pandang aku.
Abang Lan: Hey jee...nak kena bom ni.
"Sory abang lan,
saya ada member kat sini."
Abang Lan: Jgn masuk blok H9 lagi tau.... (katanya sambil ketawa)
pandai abang Lan melawak..
untuk pengatuan abang Lan, saya duk blok H11, bukan H9....hehehe...
Satu lagi berita baik,
Bakti menang. Setelah ditentang hebat oleh saujana, akhirnya menang.
Yessss!
Tahniah Nisa and 'the geng'.
Pastikan korang menang lawan Restu final esok.
Sapa yang patut aku interview esok?
Kalau Bakti menang.........'Nisa and The Geng' ?
Oh God....

1 comment: