Friday, September 18, 2009

pengalaman mendewasakan

.
.

.
.
berakhirnya satu penantian

Monday, July 13, 2009

Bayangan Rindu....

....penantian suatu penyeksaan,
tapi indahnya tetap ada.


tak pernahpun berhenti berharap....

Sunday, July 5, 2009

Ermmmm...

Syok makan durian.
sampai menjilat jari..

Apatah lagi bila isi durian disuap
jari-jemari yang lembut lagi halus.

...........nak sambung makan durian.

Tak Sehangat Biasa

Sehari dua ni,

panas...
bukan setakat hati, badan pun panas..

panasss?
tiada kaitan dengan musim durian tapi,

argghhh...
perempuan...perempuan
tak sedar diri umur dah tua tapi perangai macam budak
tak muture langsung...

ni mei you nao
si kuai
kanasai

berperangai kebudak-budakan mungkin sebab...............(#@^&*)
boleh jadi.
tak pernah dan tak nak lagi jumpa orang macam ni.

Tunggu masa nak ucap bye-bye..

Thursday, June 18, 2009

Ape-ape aje.....

Kata Wan,
Penantian itu kesopanan dan kesusilaan

(Ermmm..
salah satu sifat gadis melayu)


juga,
penantian = buang masa

Diawal penantian,
masih ada lagi sifat kesopanan dan kesusilaan tu.

tapi bila dah lama menunggu,
kesopanan dan kesusilaan akan hilang
dari situ timbullah soal membuang masa.


Tuesday, June 2, 2009

penantian suatu penyeksaan

tunggu,









tunggu lagi....




ah,
bosan betul tunggu...




sampai bila nak tunggu ni,



tunggu apa lagi ni?
tunggu orang tabal jadi GADIS MELAYU?
tunggu lelaki kacak berkaca mata masuk meminang?

Thursday, May 14, 2009

Entry Pertama Seorang Penganggur


Wan, Shu, Eliz

Hidup umpama aiskrim, nikmatilah ia sebelum cair.

Wan,
jaga baik-baik cd Sepi saya.
at least, saya ada sebab nak jumpa awak nanti.

Shu, Eliz...
Mana best makan aiskrim kat pizza atau baskin robin?
Hope u all enjoy.

Friday, April 17, 2009

Berita Kampus 080808



Ini je ke? Mana yang lain nie.

Aku Dalam Sejarah

Menyingkap sejarah hidup zaman budak-budak dulu, banyak jugak benda ‘suci’ dan ‘kotor’ yang pernah aku buat. Maaf , tiada ‘dacing’ untuk menimbang sejauhmana ‘kesucian’ dan ‘kekotoran’ yang dah aku buat.

Dulu, rakan-rakan sepermainan aku semuanya lelaki. Sebut saje permainan ‘kampung’ ape, semuanya aku main. Polis entry, masak-masak, galah panjang, kaki tiga, lompat tali, ting-ting, baling tin, congkak, main biji getah, mandi sungai, panjat pokok, lastik burung semua tu kat hujung jari aku. Kawasan rumah aku pulak selalu jadi ‘port’ kita orang untuk main. Sungguh aku tidak tahu kenapa begitu ramai lelaki yang aku ada dulu sehinggakan adik-beradik aku sendiri pernah ‘menjodohkan’ aku dengan beberapa lelaki di kampung aku.

Arwah tok guru yang mengajar aku mengaji dulu pernah menganggap aku lelaki disebabkan sifat ‘kelelakian’ yang lebih menonjol dari ‘kewanitaan’. Pakaian yang aku pakai masa pergi mengaji tak sama dengan budak-budak perempuan lain yang sememangnya ayu dan sopan.

Sekolah rendah dulu, aku jadi manusia pemalu, pendiam, sopan-santun, lemah-lembut dan macam-macam sifat kewanitaan yang wujud. Sayangnya, itu semua hanya di sekolah. Sifat-sifat tu semua aku ketepikan atau mungkin jugak aku dah buang jauh-jauh bila kat rumah. Hipokrit!!!!

Dulu, aku malas buat ‘homework’ terutama Matematik. Dengar perkataan ‘matematik’ saje dah cukup menggelikan aku. Tak ada sebab untuk aku suka matematik melainkan cikgu matematik tu tergolong dalam kalangan kacak dan cantik. Setiap hari, mesti ada ‘homework’ matematik dan setiap hari jugak aku ‘copy’ apa-apa yang patut dari buku kawan aku. Jawapan, langkah pengiraan, formula, semua aku ‘copy’ untuk mengelak dari dikenakan hukuman mandatori.Huh. Kejam!!!

Tingkatan dua, aku pernah ponteng sekolah. Langsung tak masuk kelas. Sorang-sorang pulak tu. Sebab? Entahlah. Aku sendiripun tak pasti macam mana aku boleh bertindak ‘senakal’ itu. Aku lepak kat kawasan klinik, sebelah sekolah aku hinggalah waktu balik.
Beberapa hari lepas tu, mak aku terima undangan dari cikgu kelas untuk ke sekolah.Aku kira dah cukup bijak masa tu, tapi ternyata belum cukup bijak.Pelik, macam mana dia tahu aku ponteng. Tak pasal-pasal mak tahu sama. Ahhh. Kantoi!!!

Dulu jugak, aku pernah ‘buka kedai’ dalam kelas aku, jual kerepek ubi kayu pedas. Saje, tolong mak sambil cari duit poket lebih. Satu bungkus 50 sen. Laris. Siap ada pelanggan tetap lagi. Tempahan pun aku terima. Mula-mula jual sikit sebab nak test market . Bila ‘empayar kerepek ubi’ mak aku sampai ke kelas sebelah, terpaksalah aku pikul beg sekolah yang sarat dengan kerepek ubi tiap-tiap hari. Kalau ada yang tak habis, aku derma kat cikgu-cikgu. Bila fikir balik, seronak jugak. Memang aku tak nafikan, kerepek ubi kayu pedas mak memang sedap. Tiada tandingan.

Seingat aku, masa tengah-tengah STPM dulu, aku pernah kemalangan. Masa tu baru balik dari study group kat rumah kawan, beberapa hari sebelum paper ekonomi. Aku yang bawak motor tapi member aku yang duduk kat belakang jadi mangsa. Teruk juga dia luka, lebam-lebam dan bengkak seluruh badan. Masa tu jugak aku rasa bersalah. Aku tak pasti sama ada aku yang bawak motor laju atau dia yang tak reti ‘duduk diam’. Nasib baik jalan kampung dan nasib baik jugak motor abah aku tak luka, lebam dan bengkak. Kalau tak, mungkin dah kena shoot dengan abah. Koman-koman pun kena kuarantin tak bagi naik motor. Kesian kawan aku, tak pasal-pasal datang exam dengan badan lebam-lebam. Kawan-kawan panggil aku ‘minah rempit’ sejak peristiwa tu.

Cikgu sejarah masa aku tingkatan enam dulu sangat ‘best’. Aku ingat lagi yang dia pernah bagitau budak-budak kelas aku dia nak beli Mercedes suatu hari nanti. Masa tu, dia dah ada Unser. Beberapa hari yang lepas, balik dari KB sengaja aku turun bas depan sekolah. Tengah tunggu adik datang ambik, aku berdiri betul-betul depan pintu pagar sekolah sambil mata aku ‘merayau-rayau’kawasan sekolah yang aku kira dah banyak bezanya. Pusing belakang, sebuah Mercedes hijau tua yang aku kira masih baru tiba-tiba saje ada di belakang aku. Hampir luruh jantung aku bila terpandang cikgu sejarah aku ada dalam ‘perut’ Mercedes tu sambil tersenyum-senyum memandang aku. Aku terkedu untuk seketika waktu. Sepatutnya, ucapan ‘tahniah’ harus diberi kepada cikgu aku ketika itu kerana cita-citanya untuk memeliki Mercedes tercapai tak kurang dari lima tahun.

Tuesday, April 14, 2009

Cikgu Mali Dari China



Mali lao shi (Cikgu Mali)..

Nama ini
,
yang pernah buat aku ‘berat’ untuk ke kelas suatu ketika dulu.
Juga pernah membuat aku hampir-hampir menggugurkan kursus LAC200


Cikgu,
yang satu ketika dulu pernah membuat aku menangis…
pernah juga aku dimarahinya kerana tertidur dalam kelas.

Dulu,
Wanita ini pernah membuat aku stress dan tension..
Penumbuk wanita ini juga hampir sampai ke muka aku tak lama dulu.
Aku masih lagi bernasib baik sebab tak ‘mencium’ penumbuknya.

Aku masih ingat dulu…

Apabila dia memanggil aku ke mejanya kerana ada banyak kesalahan dalam ‘homework’ aku. Saat itu juga dia memperbetul ‘homework’aku. Aku hanya mampu tersenyum waktu itu disaat orang lain sudahpun meninggalkan kelas.

Apabila dia memanggil nama HAJIDAH dengan sebutan Mandarinnya yang pekat. Saat itu juga aku ketawa ‘pecah perut’ dalam hati. Kalaulah dia tahu aku gelakkan dia masa dia sebut nama aku, mungkin diapun akan buat benda yang sama masa aku baca teks bahasa Cina. Percayalah, aku merindui saat-saat dia memanggil nama aku.

Apabila dia terserempak dengan aku di tepi jalan dan sambil tersenyum terpancur satu pertanyaan dari mulutnya, “Ni hao ma?” Aku dikira bertuah kerana inilah ayat pertama yang aku belajar sewaktu aku mula-mula belajar Bahasa Cina dulu. Sebelum ni pernah juga beberapa kali terserempak, tapi yang untungnya aku berjaya ‘memboloskan’ diri .

Apabila dia menegur aku kerana menjawab soalan yang diberikannya dalam Bahasa Inggeris, bukannya dalam Bahasa Cina sewaktu ‘oral speaking’ tak lama dulu. Aku sendiripun tak tahu macam mana boleh terkeluar jawapan yang memang tak dirancang tu.

Apabila dia berkali-kali mengatakan “ you didn’t study?” kepada aku disaat aku tidak dapat menjawab soalan dan semasa sesi ‘spelling’. Betapa ‘kejinya’ ayat yang ditujukan kepada aku tu. Sesungguhnya, dia tidak mengetahui bahawa aku terpaksa melantik beberapa ‘cikgu’ lain untuk menghadapi situasi seperti itu. Sejak itu, aku sengaja melambatkan diri untuk ke kelasnya.

Apabila dia memanggil aku ‘top student’ pada hari terakhir kelas LAC200. Sudah tentu aku tersenyum ketika itu. Sampai sekarang aku masih lagi terfikir ‘top student’ jenis apa yang Cikgu Mali maksudkan.


Sejujurnya,
Aku pernah merasa Cikgu Mali amat membenci diri aku.
Pernah juga terasa yang akulah pelajar paling teruk.
Juga pernah terfikir yang akulah pelajar paling ‘tak pandai’ dalam kelas tu.
Saat aku muhasabah diri, terasa banyak dosa aku terhadap Cikgu Mali.

Cikgu Mali….

Gan xie
Wo hen xi huan ni
Zai jian…..

Saturday, April 11, 2009

Kisah Aku dan Dia






Tengok gambar kat atas.
Cuba create satu story tak lebih dari 10 ayat.




Skandal Impact Night Wan




Tengok!!!! Apa yang Wan dah lakukan dengan seseorang yang bukan menjadi miliknya.
Nie hanya sebahagian...ade lagi yang lebih panas.
Masih menanti interpretasi LELAKI KACAK Wan.

Wednesday, April 8, 2009

Aku Pasrah. Betul-Betul Pasrah

Wan,

Kat karangkraf jumpa Hajatulziemah dan Iera.
Tak sangka diaorang pun dapat interview yang sama.

Peluang?

Sekarang ni masih tak nampak lagi.
Kalau nampakpun samar-samar.

Terkejut...
sebab ketiga2 orang yang interview saya semua orang KLATE..
Tak sangka boss Sinar Harian orng KLATE..

Karangkraf..
bangunannya sama ,tak ubah macam kilang..
tak macam Bernama yang bertingkat-tingkat tinggi.

Kelakarnya,
diorang tanya saya bila kali terakhir MEMANDU..
saya jawab.....
saya jawab.....

arggghhhh...

gilanya soalan.

Tuesday, March 24, 2009

Tiada di pasaran.Cari kalau tak percaya












Finally....
U-SIHAT
Edisi 3 Mac 2009
Harga: RM5.90 (semenanjung Malaysia)
RM 6.90 9 (Sabah & Sarawak)
Edisi terhad....
Boleh tempah kalau mau......
Bagitau aku cepat kalau jumpa U-SIHAT kat mana2 kedai...




Monday, March 23, 2009

Secawan Milo Dari KP BK12

EnG LaN@KP12

SECAWAN MILO


Kalau ada award KP paling rajin dan berdedikasi, award tu akan jadi milik KP ke 12, merangkap KP yang bongsu.


Satu pertanyaan dari KP BK12:

Jee, awk nak milo tak?


Terharu+tersentuh hati aku dengar pertanyaan sebegitu dari KP.


Pandai sungguh KP BK12 ambik hati anak buahnya untuk buat kerja memandangkan semua yang ada kat lab diberi milo. Nampak gayanya, KP ke 12 sanggup 'mencemar duli' .....

Thaknz KP for SECAWAN MILO......

Saturday, March 21, 2009

Bila lab BK kecoh gara-gara......

semua editor (kecuali ketua editor) sibuk buat final check U-Sihat,

Chao Yi menyerang semua editor (kecuali ketua editor) setelah jawatannya selaku Penolong Penyunting ditukar menjadi Ketua Penyelaras angkara Ketua Editor,

aku diserang bertubi-tubi oleh Ketua Penyelaras = Penolong Penyunting yang menawarkan dirinya menjadi pembantu aku untuk siapkan minit mesyuarat,

terjadi perbezaan pendapat tentang '3 Fail ' yang akan dihantar nanti,

berlaku pertelingkahan untuk letak tagline U-Sihat,

Ketua Penyelaras = Penolong Penyunting kehilangan penutup pendrivenya.



Finally,

U-SIHAT

at printer shop....

Friday, March 20, 2009

Hidup sihat bersama coklat

Tahniah
Congratulation,
Gongxi.Gongxi..

kepada,

......adikku.

juga kepada Mr.Pizza

tak lupa juga c-hafizomie

Saturday, March 14, 2009

Jin tian wo you jia gei ni

Chun nuan de hua kai dai zou dong tian de gan shang
Wei feng chui lai lang man de qi xi
Mei yi shou qing ge hu ran chong man yi yi
Wo jiu zai ci ke hu ran jian dao ni

Chun nuan de hua xiang dai zou le dong tian de ji han
Wei feng chui lai yi wai de ai qing
Niao er de gao ge la jin wo men ju li
Wo jiu zai zi ke tu ran ai shang ni

Ting wo shuo
Shou qian shou gen wo yi qi zou
Chuang zao xin fu de sheng huo

Zuo tian ni lai bu ji
Ming tian jiu hui ke xi
Jin tian jia gei wo hao ma

Xia re de re qing da dong chun tian de lan san
Yang guang zhao yao mei man de jia ting
Mei yi shou qing ge dou hui gou qi hui yi

Xiang dang nian wo shi zen me ren shi ni
Dong tian de yau shang jie qiu tian de gu dan
Wei feng chui lai ku le si nian
Niao er de gao ge chang zhe bu yao bie li
Ci ke wo duo me xiang yao yong bao ni

Wo men yi qi zou
Ba ni yi shen jia gei wo

Ting zhe li tang de zong shen
Wo men zhai shang di he qin you min qian jian zheng
Zhe dui nan nv sheng jiu yao jie wei fu qi
Bu yao wang ji le zhe yi qie shi duo me de shen sheng
Ni yuan yi shen si ku le yong yuan he ta zhai yi qi
Ai xi ta zun zhong ta An wei ta bao hu zhe ta
Liang ren tong shi jian li qi mei man de jia ting
Ni yuan yi zhe yang zhuo ma

Laut Lebih Indah Dari Bulan

Laut akan sepi tanpa bulan.

Sudikah bulan menjadi teman hidup laut?

Tuesday, March 10, 2009

Tinggal Kenangan


Memang, KP itu meletihkan, memeningkan, menyakitkan dan ada kalanya menakutkan.
Tak mungkin untuk aku jadi KP bagi kali ke2. Banyak benda yang KP perlu fikir dan buat selain tulis editorial dan beli makanan.
Kepada Team editorial BK 10,
Terima kasih kerana sudi berpenat lelah dan komitmen yang
diberikan. Kesian korang....dapat KP yang malas dan teruk.
Team layout BK10,
Thankz 4 ur design and layout. Maaf kerana terpaksa memeningkan kepala korang untuk layout BK10. Kalau ada yang tak cukup makan masa buat layout, jangan salahkan KP ya.
J student,
Berjuta-juta terima kasih coz menyumbangkan story untuk BK10 sehingga memeningkan kepala aku nak pilih story yang betul-betul layak.
Kepada KP sekarang yang bakal bersara beberapa hari lagi dan bakal KP yang akan naik pangkat, wish u full of luck. Jia You !
Kepada mantan-mantan KP, terimalah kehadiran ahli baru ini.

Gerak Kerja BK10
















































Terima kasih diucapkan kepada sesiapa yang menyumbangkan tenaga bagi menjayakan penerbitan BK10.





Interpretasi Lelaki Kacak


C-hafizomie:
boleh perinci dan perhalusi pendefinisian lelaki kacak.

WO DENG NI !!!

Friday, March 6, 2009

Satu Persoalan.Tolong Jawab

Ape akan jadi kalau....

cinta tapi tak sayang, sayang tapi tak cinta,
kasih tapi tak sayang, sayang tapi tak kasih....

kawan-kawan tolonglah bagi jawapan.....

Saturday, February 28, 2009

Aku teruja. Terujanya aku.

Huh...

Hari ini student USM paling sibuk
Ya, sibuk menghadiri pelbagai program yang jatuhnya pada hari yang sama.
Pastinya, orang-ornag seperti NC dan TNC antara orang yang paling sibuk hari ini.
Seluruh pelosok USM ada event hari ini.
Tak ketinggalan kat Pusat Pengajian Sains Komputer
Tempat di mana berlangsungnya ceramah yang konon-kononnya WAJIB hadir.
Sebelum tidur lagi aku bertekad nak datang lewat
Kalau bernasib baik, nak skip.
Hah,
Aku antara orang yang lambat sampai.
Syoknya, siap dapat breakfast free lagi.
Berita baik,
Dalam tentatif program, pukul 10.15pg ada tea break.
Yes!!!
Peluang baik untuk skip.
Ohhh,
rupa-rupanya ramai budak J yang satu matlamat dengan aku.
keluar ketika time tea break dan terus ke tapak konvo.
Hey,
"cepat...Farah Fauzana ada kat sana."
Alah...
kamera lupa nak bawak.
Tak pe, tengok pun dah cukup.
Kalaulah Fahrin Ahmad yang datang, aku sanggup balik Bakti amik kamera.
Aku ingat nak masuk balik dengar ceramah lepas Farah Fauzana balik,
Tapi, aku terpaksa membatalkan niat aku yang suci tu sebab.....
Aku tengok 'Dr J' dan 'Dr A' yang mewajibkan kami mendengar ceramah pagi ni sedang 'bersuka ria' di tapak konvo.
Ciss!!!
*************
Petang ada satu misi lagi, PADU..
Separuh akhir antara Bakti dengan Saujana
Jumpa Liza kat SK, budak J dan antara penyokong kuat Saujana.
Paling penting, dia pun skip ceramah hari ni..
Liza satu-satunya member yang aku jumpa kat sana.
So, terpaksa duduk dalam kalangan penyokong saujana
Abang Lan dan MPD bakti yang lain asyik pandang aku.
Abang Lan: Hey jee...nak kena bom ni.
"Sory abang lan,
saya ada member kat sini."
Abang Lan: Jgn masuk blok H9 lagi tau.... (katanya sambil ketawa)
pandai abang Lan melawak..
untuk pengatuan abang Lan, saya duk blok H11, bukan H9....hehehe...
Satu lagi berita baik,
Bakti menang. Setelah ditentang hebat oleh saujana, akhirnya menang.
Yessss!
Tahniah Nisa and 'the geng'.
Pastikan korang menang lawan Restu final esok.
Sapa yang patut aku interview esok?
Kalau Bakti menang.........'Nisa and The Geng' ?
Oh God....

Wednesday, February 25, 2009

Aku mahu pulang


"Ni mei you nao"
Satu-satunya ayat dalam Mandarin yang Wan tahu dan ingat sampai sekarang.
Nak tau maksud ayat tu, sila rujuk Wan.

Oooops...aku tak bersalah.
Dah banyak perkataan mandarin yang aku ajar kat Wan, yang tentunya mempunyai maksud yang baik-baik tapi, ayat tu jugak yang dia ingat.

Lumrah manusia

benda yang buruk cepat belajar dan ingat
benda yang baik lambat masuk otak.

Thursday, February 19, 2009

Mustahil tapi benar

Tak mustahil jika aku pernah melakukan perkara-perkara ini sedikit waktu dulu:


~makan kfc guna sudu dan garfu

~makan aiskrim sambil berjalan-jalan di tepi pantai pada senja hari dengan seseorang..

~main basketball waktu malam..

~duduk atas batu besar di minden sambil tengok pertandingan memanah..


Mustahil untuk aku tidak melakukan perkara ini sedikit waktu lagi sebelum meninggalkan USM:


~makan aiskrim atas batu besar di minden

~berbasikal keliling US

Kawan,

ingatkan aku untuk semua ini....

Tuesday, February 17, 2009

Bertemu janji di Subaidah.Haruskah Wan yang temankan aku, kenapa bukan lelaki kacak?

Mengharapkan lelaki kacak menunggu di Subaidah?
Masih ada harapan..

Mengharapkan lelaki tampan membuat temujanji di Subaidah?
Masih ada peluang..

**************************************************

Kenapa abang selalu marah adik?
Sebab "akukan abang"..

OH ABANGKU !!!

Henset kawanku pernah mencium dinding biliknya disebabkan kemarahannya yang tak berbelah bagi terhadap abangyna...
Ini bukan sahaja penderan fizikal, tetapi juga penderaan perasaan...

SAHABATKU !!!

Kenapa henset mu yang dijadikan mangsa? Kenapa tidak CIK KUNING? tin biskut? chopstick?

Friday, February 13, 2009

Chat box @ blog

Yeah...Yeah..Yeahhhh!!!!


Dah ada chat box....
Suka.Gembira. Happy.


Wan kedekut ilmu. Aku tanya dia camner nak buat chat box, sampai sekarang dia tak cakap-cakap lagi. Suka hati dia je buat chat box kat blog aku, sambil sengih-sengih macam kerang busuk, langsung tak buka mulut bagitau aku.

Saturday, January 31, 2009

Ice Breaking.Family Affair (special edition)

Nie kak dan abg ipar ke'sayangan'ku setelah
menyambut anniversary pertama.Sayang?
Betul ke? Probably....coz dia lah satu-satunya
yang digelar'abg ipar' setakat ni.


Kak no.2 aku. Pernah tension tahap gila bila soalan 'bila nak kawin' datang bertalu-talu. Berada nun di Sarawak. Pakai kasut tumit tinggi ke sekolah takut ketinggian tak selaras dengan papan hitam.


Abang ku...
Satu-satunya abang yang aku ada kat dunia ni selain abg ipar. 'Oh ababgku'..., ayat yang sering
aku guna untuk
minta simpati.Aku
cukup bangga sebab
akulah satu-satunya
adik peremuan yang
dia ada. Kak aku kata akulah
satu-satunya orang yang berani
'pau' abang aku ni. Bangga!



Ni adik aku.Dua tahun lebih muda dari aku. Masa kecil dulu pernah jadi 'adik derhaka', selalu gaduh dengan aku.Lawan cakap.Pernah jugak berkejar-kejaran keliling rumah dengan aku.Paling nakal! Bila suruh buat kerja dia kata 'not my job'... Tp sekarang,zaman dah berubah...Bestnya zaman kanak-kanak dulu.




Ni lagi sorang adik aku(sedang menjalani PLKN). Perangai dan sifat abah aku paling kuat tumpah kat dia.
Paling soleh berbanding yang lain tapi, masih lagi jadi
'adik derhaka'. Kat rumah, tak
lengkap hidup kalau tak gaduh
dengan aku. Ishhhh...bila la
nak insaf.


Adik bongsu, sama jugak macam abang2nya
selalu cari pasal dengan aku.Biasalah, kalau
dah berjauhan, kekerapan bertengkar meningkat.
Mungkin menjadi orang yang paling tinggi dalam
family berdasarkan pemerhatian aku. Pernah kena
saman coz naik motor tak pakai helmet dan tak ada
lesen. Aku pun tak pernah pakai helmet masa
merempit, tapi tak la sampai kena saman-
menyaman ni.






Friday, January 16, 2009

Tunggu, menunggu, tertunggu-tunggu

Depress, sedih, terkilan...sakit hati pun ada

Semalam,

Aku menanti 'dia'...
semua orang tahu aku menanti 'dia'.
Aku cari 'dia'...
Semua orang tahu aku cari 'dia'.
'Dia' saja yang tak tahu aku tunggu 'dia' atau buat-buat tak tahu..
Kalau tak kerana satu message yang si 'dia' hantar, tak mungkin aku tunggu dan cari 'dia'.
Aku tunggu lama....ya..sangat lama, terlalu lama
At last, muncul juga depan pintu dengan muka yang 'happy'. Senyum-senyum sambil pandang aku (makin menyakitkan hati).
Makin terbakar hati aku tengok 'dia' sengih-sengih depan aku.
Kalau ikutkan hati, saat tu juga aku nak keluar dari situ dan beli aiskrim.
Makan aiskrim? sorang-sorang? oh tidak....
Benar...aku perlu cuba menikmati aiskrim tanpa kamu,kamu, kamu dan kamu lepas ni.

Wednesday, January 14, 2009

Sesuatu yang dipanggil ULTRAMAN


Ini hadiah yang tak seberapa dari raksasa kepada ultraman seisi keluarga....

Monday, January 12, 2009

Kisah Cinta Dari China


Satu kisah cinta baru-baru ini keluar dari China dan langsung menyentuh seisi dunia. Kisah ini adalah kisah seorang lelaki dan seorang wanita yang lebih tua, yang melarikan diri untuk hidup bersama dan saling mengasihi dalam kedamaian selama setengah abad.

************************
Lelaki Cina berusia 70 tahun yang telah memahat 6000 anak tangga dengan tangannya (hand carved) untuk isterinya yang berusia 80 tahun itu meninggal dunia di dalam gua yang selama 50 tahun terakhir menjadi tempat tinggalnya. 50 tahun yang lalu, Liu Guojiang, pemuda 19 tahun, jatuh cinta pada seorang janda 29 tahun bernama Xu Chaoqin ....
Seperti pada kisah Romeo dan Juliet karangan Shakespeare, teman-teman dan kerabat mereka mencela hubungan mereka kerana perbezaan usia di antara mereka dan kenyataan bahawa Xu sudah mempunyai beberapa anak....
Pada waktu itu, dianggap tidak bermoral apabila seorang pemuda mencintai wanita yang lebih tua.Untuk menghindari gosip murahan dan celaan, pasangan ini memutuskan untuk melarikan diri dan tinggal di sebuah gua di Desa Jiangjin, di sebelah selatan Chong Qing.
Pada mulanya, kehidupan mereka sangat menyedihkan kerana tidak mempunyai apa-apa, tidak ada listrik atau pun makanan. Mereka harus makan rumput-rumput dan akar-akar yang mereka temui di gunung itu. Liu membuat sebuah lampu minyak tanah untuk menerangi hidup mereka. Xu selalu merasa bahawa ia telah mengikat Liu dan ia berulang-kali bertanya,"Apakah kau menyesal?" Liu selalu menjawab, "Selagi kita rajin, kehidupan ini akan menjadi lebih baik".
Setelah 2 tahun mereka tinggal di gunung itu, Liu mulai memahat anak-anak tangga agar isterinya dapat turun gunung dengan mudah. Ini berlangsung terus selama 50 tahun. Setengah abad kemudian, pada tahun 2001, sekumpulan pengembara (adventurers) melakukan explorasi ke hutan itu. Mereka hairan bertemu pasangan lanjut usia itu dan juga 6000 anak tangga yang telah dibuat Liu.
Liu Ming Sheng, seorang dari 7 anak mereka mengatakan, "Orang tuaku sangat saling mengasihi, mereka hidup menyendiri selama lebih dari 50 tahun dan tak pernah berpisah sehari pun.. Selama itu ayah telah memahat 6000 anak tangga itu untuk menyukakan hati ibuku, walau pun ia tidak selalu turun gunung.
Pasangan ini hidup dalam damai selama lebih dari 50 tahun. Suatu hari Liu yang sudah berusia 72 tahun pengsan ketika pulang dari ladangnya. Xu duduk dan berdoa bersama suaminya sehingga Liu akhirnya meninggal dalam pelukannya. Kerana sangat mencintai isterinya, genggaman Liu sangat sukar dilepaskan dari tangan Xu, isterinya.
"Kau telah berjanji akan memeliharakanku dan akan terus bersamaku sehingga aku meninggal, sekarang kau telah mendahuluiku, bagaimana aku dapat hidup tanpamu?" Selama beberapa hari Xu terus-menerus mengulangi kalimat ini sambil meraba peti jenazah suaminya bersama linangan air mata yang membasahi pipinya.
**********************
Pada tahun 2006 kisah ini menjadi salah satu dari 10 kisah cinta yang terkenal di China, yang dikumpulkan oleh majalah Chinese Women Weekly. Pemerintah telah memutuskan untuk melestarikan "anak tangga cinta" itu, dan tempat kediaman mereka telah dijadikan muzium agar kisah cinta ini dapat terus hidup.

Friday, January 9, 2009

sesuatu yang dimiliki oleh rumate ultraman(part2)

Novel ayat-ayat cinta...setulus cintanya kepada kekasih gelapnya
chopstick ... pemberian seorang kawan..juga pernah menjadi mangsa kemalasan rumate ultraman..

selipar toilet yang sering diheret ke mana saje sehingga ke planet ultra.





MUG ya mug yang telah beberapa hari tak dibasuh....pemalas punya member....


















TIN BISKUT yang banyak memberi sumbangan jiwa dan raga...































































































































Tuesday, January 6, 2009

sesuatu yang dimiliki oleh rumate ultraman


cik kuning, ..........gambar atas setelah diserang dan dibuli oleh raksasa.