Friday, April 17, 2009

Aku Dalam Sejarah

Menyingkap sejarah hidup zaman budak-budak dulu, banyak jugak benda ‘suci’ dan ‘kotor’ yang pernah aku buat. Maaf , tiada ‘dacing’ untuk menimbang sejauhmana ‘kesucian’ dan ‘kekotoran’ yang dah aku buat.

Dulu, rakan-rakan sepermainan aku semuanya lelaki. Sebut saje permainan ‘kampung’ ape, semuanya aku main. Polis entry, masak-masak, galah panjang, kaki tiga, lompat tali, ting-ting, baling tin, congkak, main biji getah, mandi sungai, panjat pokok, lastik burung semua tu kat hujung jari aku. Kawasan rumah aku pulak selalu jadi ‘port’ kita orang untuk main. Sungguh aku tidak tahu kenapa begitu ramai lelaki yang aku ada dulu sehinggakan adik-beradik aku sendiri pernah ‘menjodohkan’ aku dengan beberapa lelaki di kampung aku.

Arwah tok guru yang mengajar aku mengaji dulu pernah menganggap aku lelaki disebabkan sifat ‘kelelakian’ yang lebih menonjol dari ‘kewanitaan’. Pakaian yang aku pakai masa pergi mengaji tak sama dengan budak-budak perempuan lain yang sememangnya ayu dan sopan.

Sekolah rendah dulu, aku jadi manusia pemalu, pendiam, sopan-santun, lemah-lembut dan macam-macam sifat kewanitaan yang wujud. Sayangnya, itu semua hanya di sekolah. Sifat-sifat tu semua aku ketepikan atau mungkin jugak aku dah buang jauh-jauh bila kat rumah. Hipokrit!!!!

Dulu, aku malas buat ‘homework’ terutama Matematik. Dengar perkataan ‘matematik’ saje dah cukup menggelikan aku. Tak ada sebab untuk aku suka matematik melainkan cikgu matematik tu tergolong dalam kalangan kacak dan cantik. Setiap hari, mesti ada ‘homework’ matematik dan setiap hari jugak aku ‘copy’ apa-apa yang patut dari buku kawan aku. Jawapan, langkah pengiraan, formula, semua aku ‘copy’ untuk mengelak dari dikenakan hukuman mandatori.Huh. Kejam!!!

Tingkatan dua, aku pernah ponteng sekolah. Langsung tak masuk kelas. Sorang-sorang pulak tu. Sebab? Entahlah. Aku sendiripun tak pasti macam mana aku boleh bertindak ‘senakal’ itu. Aku lepak kat kawasan klinik, sebelah sekolah aku hinggalah waktu balik.
Beberapa hari lepas tu, mak aku terima undangan dari cikgu kelas untuk ke sekolah.Aku kira dah cukup bijak masa tu, tapi ternyata belum cukup bijak.Pelik, macam mana dia tahu aku ponteng. Tak pasal-pasal mak tahu sama. Ahhh. Kantoi!!!

Dulu jugak, aku pernah ‘buka kedai’ dalam kelas aku, jual kerepek ubi kayu pedas. Saje, tolong mak sambil cari duit poket lebih. Satu bungkus 50 sen. Laris. Siap ada pelanggan tetap lagi. Tempahan pun aku terima. Mula-mula jual sikit sebab nak test market . Bila ‘empayar kerepek ubi’ mak aku sampai ke kelas sebelah, terpaksalah aku pikul beg sekolah yang sarat dengan kerepek ubi tiap-tiap hari. Kalau ada yang tak habis, aku derma kat cikgu-cikgu. Bila fikir balik, seronak jugak. Memang aku tak nafikan, kerepek ubi kayu pedas mak memang sedap. Tiada tandingan.

Seingat aku, masa tengah-tengah STPM dulu, aku pernah kemalangan. Masa tu baru balik dari study group kat rumah kawan, beberapa hari sebelum paper ekonomi. Aku yang bawak motor tapi member aku yang duduk kat belakang jadi mangsa. Teruk juga dia luka, lebam-lebam dan bengkak seluruh badan. Masa tu jugak aku rasa bersalah. Aku tak pasti sama ada aku yang bawak motor laju atau dia yang tak reti ‘duduk diam’. Nasib baik jalan kampung dan nasib baik jugak motor abah aku tak luka, lebam dan bengkak. Kalau tak, mungkin dah kena shoot dengan abah. Koman-koman pun kena kuarantin tak bagi naik motor. Kesian kawan aku, tak pasal-pasal datang exam dengan badan lebam-lebam. Kawan-kawan panggil aku ‘minah rempit’ sejak peristiwa tu.

Cikgu sejarah masa aku tingkatan enam dulu sangat ‘best’. Aku ingat lagi yang dia pernah bagitau budak-budak kelas aku dia nak beli Mercedes suatu hari nanti. Masa tu, dia dah ada Unser. Beberapa hari yang lepas, balik dari KB sengaja aku turun bas depan sekolah. Tengah tunggu adik datang ambik, aku berdiri betul-betul depan pintu pagar sekolah sambil mata aku ‘merayau-rayau’kawasan sekolah yang aku kira dah banyak bezanya. Pusing belakang, sebuah Mercedes hijau tua yang aku kira masih baru tiba-tiba saje ada di belakang aku. Hampir luruh jantung aku bila terpandang cikgu sejarah aku ada dalam ‘perut’ Mercedes tu sambil tersenyum-senyum memandang aku. Aku terkedu untuk seketika waktu. Sepatutnya, ucapan ‘tahniah’ harus diberi kepada cikgu aku ketika itu kerana cita-citanya untuk memeliki Mercedes tercapai tak kurang dari lima tahun.

1 comment:

Sakiinah said...

kerepek ubi extra pedas satu!! =P