Tuesday, April 14, 2009

Cikgu Mali Dari China



Mali lao shi (Cikgu Mali)..

Nama ini
,
yang pernah buat aku ‘berat’ untuk ke kelas suatu ketika dulu.
Juga pernah membuat aku hampir-hampir menggugurkan kursus LAC200


Cikgu,
yang satu ketika dulu pernah membuat aku menangis…
pernah juga aku dimarahinya kerana tertidur dalam kelas.

Dulu,
Wanita ini pernah membuat aku stress dan tension..
Penumbuk wanita ini juga hampir sampai ke muka aku tak lama dulu.
Aku masih lagi bernasib baik sebab tak ‘mencium’ penumbuknya.

Aku masih ingat dulu…

Apabila dia memanggil aku ke mejanya kerana ada banyak kesalahan dalam ‘homework’ aku. Saat itu juga dia memperbetul ‘homework’aku. Aku hanya mampu tersenyum waktu itu disaat orang lain sudahpun meninggalkan kelas.

Apabila dia memanggil nama HAJIDAH dengan sebutan Mandarinnya yang pekat. Saat itu juga aku ketawa ‘pecah perut’ dalam hati. Kalaulah dia tahu aku gelakkan dia masa dia sebut nama aku, mungkin diapun akan buat benda yang sama masa aku baca teks bahasa Cina. Percayalah, aku merindui saat-saat dia memanggil nama aku.

Apabila dia terserempak dengan aku di tepi jalan dan sambil tersenyum terpancur satu pertanyaan dari mulutnya, “Ni hao ma?” Aku dikira bertuah kerana inilah ayat pertama yang aku belajar sewaktu aku mula-mula belajar Bahasa Cina dulu. Sebelum ni pernah juga beberapa kali terserempak, tapi yang untungnya aku berjaya ‘memboloskan’ diri .

Apabila dia menegur aku kerana menjawab soalan yang diberikannya dalam Bahasa Inggeris, bukannya dalam Bahasa Cina sewaktu ‘oral speaking’ tak lama dulu. Aku sendiripun tak tahu macam mana boleh terkeluar jawapan yang memang tak dirancang tu.

Apabila dia berkali-kali mengatakan “ you didn’t study?” kepada aku disaat aku tidak dapat menjawab soalan dan semasa sesi ‘spelling’. Betapa ‘kejinya’ ayat yang ditujukan kepada aku tu. Sesungguhnya, dia tidak mengetahui bahawa aku terpaksa melantik beberapa ‘cikgu’ lain untuk menghadapi situasi seperti itu. Sejak itu, aku sengaja melambatkan diri untuk ke kelasnya.

Apabila dia memanggil aku ‘top student’ pada hari terakhir kelas LAC200. Sudah tentu aku tersenyum ketika itu. Sampai sekarang aku masih lagi terfikir ‘top student’ jenis apa yang Cikgu Mali maksudkan.


Sejujurnya,
Aku pernah merasa Cikgu Mali amat membenci diri aku.
Pernah juga terasa yang akulah pelajar paling teruk.
Juga pernah terfikir yang akulah pelajar paling ‘tak pandai’ dalam kelas tu.
Saat aku muhasabah diri, terasa banyak dosa aku terhadap Cikgu Mali.

Cikgu Mali….

Gan xie
Wo hen xi huan ni
Zai jian…..

4 comments:

chafizomie said...

*anekdot*
lepas kelas terakhir-kelas Jee ditabalkan menjadi top student...Jee datang lab dengan senyum sengehnya.

dan dengan baik hati (macam kes raja2 yang hepi sangat sebab jadi orang balik selepas selama ni jadi patung sebab disumpah jadi batu oleh ahli shir yang kejam), Jee belanja Aiskrim.

yang peliknya, aku ambil aiskrim paling mahal tuh. tapi poyo je dia gi bayar. tak da nikmat makan aiskrim langsung.

ye la, penderitaan Jee adalah kebahagiaan aku. so bila dengan gembiranya dia gi bayar, ingat aku boleh berenti pikir -Jee kena gula2 dengan lelaki kacak kah?

rupanya sebab naik pangkat jadi top student...

***
ya Allah, awak tido dalam kelas jee?
hey, saya pun tak penah wat dosa tu tau.

berdedikasi sungguh!

charlie said...

tak sangka Jee jadi "top student" dalam klass cikgu Mali......kenapa bukan orang lain? Kan Jee ada seorang cigu yang pandai+comel lagi? Yang ajar Jee dalam oral speaking .
Haiz, final exam bahasa mandarin is coming soon, saya hanya boleh cakap, berusahalah Jee, hafal perkataan mandarin, jangan guna han yu pin yin sahaja!

Aku said...

Gan xie
Wo hen xi huan ni
Zai jian…..

nanti saya tanya danny.

Anonymous said...

ni hao ma? wo hen hao... hahaha