Saturday, January 31, 2009

Ice Breaking.Family Affair (special edition)

Nie kak dan abg ipar ke'sayangan'ku setelah
menyambut anniversary pertama.Sayang?
Betul ke? Probably....coz dia lah satu-satunya
yang digelar'abg ipar' setakat ni.


Kak no.2 aku. Pernah tension tahap gila bila soalan 'bila nak kawin' datang bertalu-talu. Berada nun di Sarawak. Pakai kasut tumit tinggi ke sekolah takut ketinggian tak selaras dengan papan hitam.


Abang ku...
Satu-satunya abang yang aku ada kat dunia ni selain abg ipar. 'Oh ababgku'..., ayat yang sering
aku guna untuk
minta simpati.Aku
cukup bangga sebab
akulah satu-satunya
adik peremuan yang
dia ada. Kak aku kata akulah
satu-satunya orang yang berani
'pau' abang aku ni. Bangga!



Ni adik aku.Dua tahun lebih muda dari aku. Masa kecil dulu pernah jadi 'adik derhaka', selalu gaduh dengan aku.Lawan cakap.Pernah jugak berkejar-kejaran keliling rumah dengan aku.Paling nakal! Bila suruh buat kerja dia kata 'not my job'... Tp sekarang,zaman dah berubah...Bestnya zaman kanak-kanak dulu.




Ni lagi sorang adik aku(sedang menjalani PLKN). Perangai dan sifat abah aku paling kuat tumpah kat dia.
Paling soleh berbanding yang lain tapi, masih lagi jadi
'adik derhaka'. Kat rumah, tak
lengkap hidup kalau tak gaduh
dengan aku. Ishhhh...bila la
nak insaf.


Adik bongsu, sama jugak macam abang2nya
selalu cari pasal dengan aku.Biasalah, kalau
dah berjauhan, kekerapan bertengkar meningkat.
Mungkin menjadi orang yang paling tinggi dalam
family berdasarkan pemerhatian aku. Pernah kena
saman coz naik motor tak pakai helmet dan tak ada
lesen. Aku pun tak pernah pakai helmet masa
merempit, tapi tak la sampai kena saman-
menyaman ni.






2 comments:

Anonymous said...

tiada yang berkaca mata. patutlah...

jee said...

Ada lah...
Awk je yang tak tau...