Tuesday, March 15, 2011

Friendship Forever


Nota ini ditujukan kepada gadis-gadis dalam gambar ini sekalian :)

Fara (The Manja)

Boleh dikatakan kawan baik pertama di mass com, yg pertama dtg & tidur kat rumah, yg pertama balik kampung perlis, dan yg pertama berani pegang tangan wpun tahu hakikatnya aku tak suka dipeygang peygang wpun dgn perempuan :P

Memang selalu gadoh, sebab dia lazer, tak bertapis, tapi apa yg dia ckp tue betul wpon pahit nak terima...cuma kalau boleh tue jgn la terlalu direct kan, kuss smgt tau...agak2 lama aku tak cakap dgn kau tue..minta mahap la..either busy (sebab ko pon bz abaikan aku hahaha) atau time2 ko ter-lazer dgn aku..faham2 sendiri la yer..

Kualiti terbaik dia , dia tak kisah org cakap apa ttg dia, yg penting dia tau sapa dia, even dgn kawan baik sendiri mcm aku ka...dia tetap tak peduli, kalau pink..pink lah dia nak...cthnya ada buat kad nama, dia mintak pendapat aku tagline apa bagus, punyalah perah otak bagi segala macam tag line, dia pilih yg dia awal2 dah decide dah...baik xyah tanya aku..ish..budak nieh!

rajen keje..rajen cari extra duit dgn jual shawl online dia tue, tapi rajen jugak mengabehkan duet, so buat fara, ingat2 la menyimpan dari menyumbang terlalu bnyk kat ekonomi negara kita nie esp nnt kalau dah nak kena beli tukul & paku buat rumah & tangga...tak cukup simen plak kan :P

Gie (The Baby)

tah cmna boleh kenal, yg pasti kerana gie, aku kenal wan,shu sampai kalau dlm phonebook mesti tulis Gie Syu @ Gie Wan sebab senang nak tau shu mana wan mana ..hehe mintak mahap la..otak nie guna 10% je, jadi xleyh nak ingat ramai2 sgt...

dia nie pendiam, tapi sbnrnya bnyk ckp jugak..cuma perkataan2 tue dia simpan buat ape tah..kalau keluar ramai2 dia paling diam..tapi sbnrnya dia bnyk mendengar..hehe

dalam ramai..aku rasa dia kategori 'budak2' ..kira kalau kita satu keluarga dia mcm the baby of the family...bukan la nak kata dia tue comel mcm baby ke ape ke..tapi dia innocent sgt..bukan ape, dia penah dtg rumah jugak,kami hidang sampai 10 jenis lauk, memang la 10 jenis lauk sebab yg dtg sekali dgn dia pon dekat 10 org jugak...alkisahnya,dek kerana teringat2 lagi masakan kedai yg sedap tue, dia pon hidang 4-5 jenis lauk masa aku dtg rumah dia...adeh...terima kaseh gie tapi pasni jgn buat lagi,aku makan separuh pinggan pon dah kenyang hee..

Shu (The Mother) & Wan (The Father)

mak..tmpt mengadu..tmpt bermanja..tmpt segalanya..haahhaa...inilah mak segala mak antara kami. tapi kdg2 mak nie nak jadi anak kejap...maka kadang2 tue dia akan bertukar menjadi anak yg kekurangan kasih syg keluarga hahaa

shu & wan adalah kawan gelap aku..kalau ada lagu kekasih gelapku..patut ada kawan gelapku..sebab tak ramai org kat mascom yg tau kami sbnrnya kawan rapat apatah lagi berkawan. kadang2 bagus jugak org tak tahu sebab di situ lah segala gosip terkumpul dari pelbagai bidang komunikasi haha

aku selalu lepak bilik diaorg, paling kerap zmn sem akhir diaorg...disebabkan aku extend maka aku xde hostel until sem seterusnya..panjang cerita tp pendek cerita aku xde hostel jadi selalu lah menumpang bilik diaorg time2 perlu hehe and whatever happens in their room stays in their room...aku rasa korang tau apa aku 'jumpa'...jadi biarlah rahsia apa yg aku telah pon bgtau korang aritu

shu ada radio lama..zmn bila punya tatau dia import kat mana, tapi radio tue la yg memekakkan bilik tiap2 mlm..dekat almari shu x sebest almari wan..sebab almari wan ada makanan hahahah...makanan paling sedap tentulah megi tomyam dia sama cekedis2 & asam yg dia borong setiap minggu..hanya kat bilik diaorg aku makan cekedis2 nie..kalau tak memang tak makan pon hee..tapi satu ja best psl almari shu, ada laptop dia yg lebih laju dari laptop wan..laptop wan tue mcm restricted area sebab...sebab.....hahaha...tett tettt... ;P

wan..bapak segala bapak antara kami...konon2 macho,brutal mcm aku yg tak suka pakai make up nie..tapi dia macam dah kurang kemachoan sebab dia pakai make up jugak last2...make up paling tebal dia pakai masa dia kenduri lah ape lagi..wan nie satu yg bagus psl dia,wpun garang nak memphis esp time2 dia bad mood ...dia suka offer makan...aku rasa kalau lama2 dok dgn dia boleh jadi gemuk la melayan koleksi stok makanan dia..hehe..

Eliz (The Taiko @ Abang ..eee geli hahaha)

aku kenal dari shu & wan, tapi lebih kenal sebab 211, masa tue 10 orang satu group buat research. foyerlah tempat kami ramai2 buat research sampai tahap nak nanges sebab 10 kali buat literature review ...semua kena reject dgn tutor..kali ke 11 tue mmg dah standby mcm nak bunuh diri je kalau kena reject lagi, tp nasib baik la dia terima ..tu pon sebab deadline nak dekat so lantak la...asal ada...

dari eliz, baru la aku tahu yg dia sebenarnya 'ratu matahari'..pada yg tahu, senyap2 sudah...dan dari eliz jugak lah ..aku pusing penang wpon dah bkurun dok penang tp x pernah jejak air terjun rimba ape tah..hee..jalan2 kat penang nie termasuk jalan ke rumah aku pon, dia yg tahu lebih dari aku yg x ingat cmna nak balik rumah sendiri kecuali dari pekan area rumah aku -__-"

Aku?

Hurm,aku pon tatau aku The apa...yg pasti,aku the friend you need hehe...terima kasih turun penang wpon fara tue sbnrnya kena paksa dgn aku hahaa ...dan shu plak kena paksa jadi pengapit tapi last2 gie yg kena kepit hahah...harap2 jumpa korang lagi kat penang,kalau tak,aku turun kl cari korang..!!!

buat shu, fara, eliz, gie...selamat menabung utk masa depan ngehngehngeh ;P

P/S: Entry ini aku copy paste dalam inbox note yang kawan aku, (gambar paling kiri) bagi. Rasa terharu sebab tue paste kat sini. Tak nak bagi hilang.hehehe....

Thursday, July 22, 2010

Rasa macam nak update blog tapi...

Takde idea,

Malas,

Tercari-cari mana nak klik sebab tak lama tak berblogging.

Friday, March 5, 2010

Entry Pertama Selepas 6 Bulan

6 bulan selepas entry yang terakhir...





tak tau mana nak clik


janggal, kekok, was was...


kena ambik kursus balik ni..

Friday, September 18, 2009

pengalaman mendewasakan

.
.

.
.
berakhirnya satu penantian

Monday, July 13, 2009

Bayangan Rindu....

....penantian suatu penyeksaan,
tapi indahnya tetap ada.


tak pernahpun berhenti berharap....

Sunday, July 5, 2009

Ermmmm...

Syok makan durian.
sampai menjilat jari..

Apatah lagi bila isi durian disuap
jari-jemari yang lembut lagi halus.

...........nak sambung makan durian.

Tak Sehangat Biasa

Sehari dua ni,

panas...
bukan setakat hati, badan pun panas..

panasss?
tiada kaitan dengan musim durian tapi,

argghhh...
perempuan...perempuan
tak sedar diri umur dah tua tapi perangai macam budak
tak muture langsung...

ni mei you nao
si kuai
kanasai

berperangai kebudak-budakan mungkin sebab...............(#@^&*)
boleh jadi.
tak pernah dan tak nak lagi jumpa orang macam ni.

Tunggu masa nak ucap bye-bye..

Thursday, June 18, 2009

Ape-ape aje.....

Kata Wan,
Penantian itu kesopanan dan kesusilaan

(Ermmm..
salah satu sifat gadis melayu)


juga,
penantian = buang masa

Diawal penantian,
masih ada lagi sifat kesopanan dan kesusilaan tu.

tapi bila dah lama menunggu,
kesopanan dan kesusilaan akan hilang
dari situ timbullah soal membuang masa.


Tuesday, June 2, 2009

penantian suatu penyeksaan

tunggu,









tunggu lagi....




ah,
bosan betul tunggu...




sampai bila nak tunggu ni,



tunggu apa lagi ni?
tunggu orang tabal jadi GADIS MELAYU?
tunggu lelaki kacak berkaca mata masuk meminang?

Thursday, May 14, 2009

Entry Pertama Seorang Penganggur


Wan, Shu, Eliz

Hidup umpama aiskrim, nikmatilah ia sebelum cair.

Wan,
jaga baik-baik cd Sepi saya.
at least, saya ada sebab nak jumpa awak nanti.

Shu, Eliz...
Mana best makan aiskrim kat pizza atau baskin robin?
Hope u all enjoy.

Friday, April 17, 2009

Berita Kampus 080808



Ini je ke? Mana yang lain nie.

Aku Dalam Sejarah

Menyingkap sejarah hidup zaman budak-budak dulu, banyak jugak benda ‘suci’ dan ‘kotor’ yang pernah aku buat. Maaf , tiada ‘dacing’ untuk menimbang sejauhmana ‘kesucian’ dan ‘kekotoran’ yang dah aku buat.

Dulu, rakan-rakan sepermainan aku semuanya lelaki. Sebut saje permainan ‘kampung’ ape, semuanya aku main. Polis entry, masak-masak, galah panjang, kaki tiga, lompat tali, ting-ting, baling tin, congkak, main biji getah, mandi sungai, panjat pokok, lastik burung semua tu kat hujung jari aku. Kawasan rumah aku pulak selalu jadi ‘port’ kita orang untuk main. Sungguh aku tidak tahu kenapa begitu ramai lelaki yang aku ada dulu sehinggakan adik-beradik aku sendiri pernah ‘menjodohkan’ aku dengan beberapa lelaki di kampung aku.

Arwah tok guru yang mengajar aku mengaji dulu pernah menganggap aku lelaki disebabkan sifat ‘kelelakian’ yang lebih menonjol dari ‘kewanitaan’. Pakaian yang aku pakai masa pergi mengaji tak sama dengan budak-budak perempuan lain yang sememangnya ayu dan sopan.

Sekolah rendah dulu, aku jadi manusia pemalu, pendiam, sopan-santun, lemah-lembut dan macam-macam sifat kewanitaan yang wujud. Sayangnya, itu semua hanya di sekolah. Sifat-sifat tu semua aku ketepikan atau mungkin jugak aku dah buang jauh-jauh bila kat rumah. Hipokrit!!!!

Dulu, aku malas buat ‘homework’ terutama Matematik. Dengar perkataan ‘matematik’ saje dah cukup menggelikan aku. Tak ada sebab untuk aku suka matematik melainkan cikgu matematik tu tergolong dalam kalangan kacak dan cantik. Setiap hari, mesti ada ‘homework’ matematik dan setiap hari jugak aku ‘copy’ apa-apa yang patut dari buku kawan aku. Jawapan, langkah pengiraan, formula, semua aku ‘copy’ untuk mengelak dari dikenakan hukuman mandatori.Huh. Kejam!!!

Tingkatan dua, aku pernah ponteng sekolah. Langsung tak masuk kelas. Sorang-sorang pulak tu. Sebab? Entahlah. Aku sendiripun tak pasti macam mana aku boleh bertindak ‘senakal’ itu. Aku lepak kat kawasan klinik, sebelah sekolah aku hinggalah waktu balik.
Beberapa hari lepas tu, mak aku terima undangan dari cikgu kelas untuk ke sekolah.Aku kira dah cukup bijak masa tu, tapi ternyata belum cukup bijak.Pelik, macam mana dia tahu aku ponteng. Tak pasal-pasal mak tahu sama. Ahhh. Kantoi!!!

Dulu jugak, aku pernah ‘buka kedai’ dalam kelas aku, jual kerepek ubi kayu pedas. Saje, tolong mak sambil cari duit poket lebih. Satu bungkus 50 sen. Laris. Siap ada pelanggan tetap lagi. Tempahan pun aku terima. Mula-mula jual sikit sebab nak test market . Bila ‘empayar kerepek ubi’ mak aku sampai ke kelas sebelah, terpaksalah aku pikul beg sekolah yang sarat dengan kerepek ubi tiap-tiap hari. Kalau ada yang tak habis, aku derma kat cikgu-cikgu. Bila fikir balik, seronak jugak. Memang aku tak nafikan, kerepek ubi kayu pedas mak memang sedap. Tiada tandingan.

Seingat aku, masa tengah-tengah STPM dulu, aku pernah kemalangan. Masa tu baru balik dari study group kat rumah kawan, beberapa hari sebelum paper ekonomi. Aku yang bawak motor tapi member aku yang duduk kat belakang jadi mangsa. Teruk juga dia luka, lebam-lebam dan bengkak seluruh badan. Masa tu jugak aku rasa bersalah. Aku tak pasti sama ada aku yang bawak motor laju atau dia yang tak reti ‘duduk diam’. Nasib baik jalan kampung dan nasib baik jugak motor abah aku tak luka, lebam dan bengkak. Kalau tak, mungkin dah kena shoot dengan abah. Koman-koman pun kena kuarantin tak bagi naik motor. Kesian kawan aku, tak pasal-pasal datang exam dengan badan lebam-lebam. Kawan-kawan panggil aku ‘minah rempit’ sejak peristiwa tu.

Cikgu sejarah masa aku tingkatan enam dulu sangat ‘best’. Aku ingat lagi yang dia pernah bagitau budak-budak kelas aku dia nak beli Mercedes suatu hari nanti. Masa tu, dia dah ada Unser. Beberapa hari yang lepas, balik dari KB sengaja aku turun bas depan sekolah. Tengah tunggu adik datang ambik, aku berdiri betul-betul depan pintu pagar sekolah sambil mata aku ‘merayau-rayau’kawasan sekolah yang aku kira dah banyak bezanya. Pusing belakang, sebuah Mercedes hijau tua yang aku kira masih baru tiba-tiba saje ada di belakang aku. Hampir luruh jantung aku bila terpandang cikgu sejarah aku ada dalam ‘perut’ Mercedes tu sambil tersenyum-senyum memandang aku. Aku terkedu untuk seketika waktu. Sepatutnya, ucapan ‘tahniah’ harus diberi kepada cikgu aku ketika itu kerana cita-citanya untuk memeliki Mercedes tercapai tak kurang dari lima tahun.

Tuesday, April 14, 2009

Cikgu Mali Dari China



Mali lao shi (Cikgu Mali)..

Nama ini
,
yang pernah buat aku ‘berat’ untuk ke kelas suatu ketika dulu.
Juga pernah membuat aku hampir-hampir menggugurkan kursus LAC200


Cikgu,
yang satu ketika dulu pernah membuat aku menangis…
pernah juga aku dimarahinya kerana tertidur dalam kelas.

Dulu,
Wanita ini pernah membuat aku stress dan tension..
Penumbuk wanita ini juga hampir sampai ke muka aku tak lama dulu.
Aku masih lagi bernasib baik sebab tak ‘mencium’ penumbuknya.

Aku masih ingat dulu…

Apabila dia memanggil aku ke mejanya kerana ada banyak kesalahan dalam ‘homework’ aku. Saat itu juga dia memperbetul ‘homework’aku. Aku hanya mampu tersenyum waktu itu disaat orang lain sudahpun meninggalkan kelas.

Apabila dia memanggil nama HAJIDAH dengan sebutan Mandarinnya yang pekat. Saat itu juga aku ketawa ‘pecah perut’ dalam hati. Kalaulah dia tahu aku gelakkan dia masa dia sebut nama aku, mungkin diapun akan buat benda yang sama masa aku baca teks bahasa Cina. Percayalah, aku merindui saat-saat dia memanggil nama aku.

Apabila dia terserempak dengan aku di tepi jalan dan sambil tersenyum terpancur satu pertanyaan dari mulutnya, “Ni hao ma?” Aku dikira bertuah kerana inilah ayat pertama yang aku belajar sewaktu aku mula-mula belajar Bahasa Cina dulu. Sebelum ni pernah juga beberapa kali terserempak, tapi yang untungnya aku berjaya ‘memboloskan’ diri .

Apabila dia menegur aku kerana menjawab soalan yang diberikannya dalam Bahasa Inggeris, bukannya dalam Bahasa Cina sewaktu ‘oral speaking’ tak lama dulu. Aku sendiripun tak tahu macam mana boleh terkeluar jawapan yang memang tak dirancang tu.

Apabila dia berkali-kali mengatakan “ you didn’t study?” kepada aku disaat aku tidak dapat menjawab soalan dan semasa sesi ‘spelling’. Betapa ‘kejinya’ ayat yang ditujukan kepada aku tu. Sesungguhnya, dia tidak mengetahui bahawa aku terpaksa melantik beberapa ‘cikgu’ lain untuk menghadapi situasi seperti itu. Sejak itu, aku sengaja melambatkan diri untuk ke kelasnya.

Apabila dia memanggil aku ‘top student’ pada hari terakhir kelas LAC200. Sudah tentu aku tersenyum ketika itu. Sampai sekarang aku masih lagi terfikir ‘top student’ jenis apa yang Cikgu Mali maksudkan.


Sejujurnya,
Aku pernah merasa Cikgu Mali amat membenci diri aku.
Pernah juga terasa yang akulah pelajar paling teruk.
Juga pernah terfikir yang akulah pelajar paling ‘tak pandai’ dalam kelas tu.
Saat aku muhasabah diri, terasa banyak dosa aku terhadap Cikgu Mali.

Cikgu Mali….

Gan xie
Wo hen xi huan ni
Zai jian…..

Saturday, April 11, 2009

Kisah Aku dan Dia






Tengok gambar kat atas.
Cuba create satu story tak lebih dari 10 ayat.




Skandal Impact Night Wan




Tengok!!!! Apa yang Wan dah lakukan dengan seseorang yang bukan menjadi miliknya.
Nie hanya sebahagian...ade lagi yang lebih panas.
Masih menanti interpretasi LELAKI KACAK Wan.

Wednesday, April 8, 2009

Aku Pasrah. Betul-Betul Pasrah

Wan,

Kat karangkraf jumpa Hajatulziemah dan Iera.
Tak sangka diaorang pun dapat interview yang sama.

Peluang?

Sekarang ni masih tak nampak lagi.
Kalau nampakpun samar-samar.

Terkejut...
sebab ketiga2 orang yang interview saya semua orang KLATE..
Tak sangka boss Sinar Harian orng KLATE..

Karangkraf..
bangunannya sama ,tak ubah macam kilang..
tak macam Bernama yang bertingkat-tingkat tinggi.

Kelakarnya,
diorang tanya saya bila kali terakhir MEMANDU..
saya jawab.....
saya jawab.....

arggghhhh...

gilanya soalan.

Tuesday, March 24, 2009

Tiada di pasaran.Cari kalau tak percaya












Finally....
U-SIHAT
Edisi 3 Mac 2009
Harga: RM5.90 (semenanjung Malaysia)
RM 6.90 9 (Sabah & Sarawak)
Edisi terhad....
Boleh tempah kalau mau......
Bagitau aku cepat kalau jumpa U-SIHAT kat mana2 kedai...




Monday, March 23, 2009

Secawan Milo Dari KP BK12

EnG LaN@KP12

SECAWAN MILO


Kalau ada award KP paling rajin dan berdedikasi, award tu akan jadi milik KP ke 12, merangkap KP yang bongsu.


Satu pertanyaan dari KP BK12:

Jee, awk nak milo tak?


Terharu+tersentuh hati aku dengar pertanyaan sebegitu dari KP.


Pandai sungguh KP BK12 ambik hati anak buahnya untuk buat kerja memandangkan semua yang ada kat lab diberi milo. Nampak gayanya, KP ke 12 sanggup 'mencemar duli' .....

Thaknz KP for SECAWAN MILO......

Saturday, March 21, 2009

Bila lab BK kecoh gara-gara......

semua editor (kecuali ketua editor) sibuk buat final check U-Sihat,

Chao Yi menyerang semua editor (kecuali ketua editor) setelah jawatannya selaku Penolong Penyunting ditukar menjadi Ketua Penyelaras angkara Ketua Editor,

aku diserang bertubi-tubi oleh Ketua Penyelaras = Penolong Penyunting yang menawarkan dirinya menjadi pembantu aku untuk siapkan minit mesyuarat,

terjadi perbezaan pendapat tentang '3 Fail ' yang akan dihantar nanti,

berlaku pertelingkahan untuk letak tagline U-Sihat,

Ketua Penyelaras = Penolong Penyunting kehilangan penutup pendrivenya.



Finally,

U-SIHAT

at printer shop....

Friday, March 20, 2009

Hidup sihat bersama coklat

Tahniah
Congratulation,
Gongxi.Gongxi..

kepada,

......adikku.

juga kepada Mr.Pizza

tak lupa juga c-hafizomie