Thursday, November 20, 2008

Kisah Si Pemegang no.11, sang JPJ, traffic light dan bukit

20/11/2008

9.00 AM

Kedatangan sekumpulan pegawai JPJ dengan sebuah van memang mengejutkan sekumpulan calon ujian tatkala melihat muka-muka bengis pegawai tersebut. Dari muka bengis sang JPJ tersebut sudah boleh menganggap yang ramai akan terkandas hari nie..xde seorang pegawai JPJ pun yang senyum tatkala melihat berpuluh-puluh orang sedang menunggu giliran untuk diuji...

10.00 AM
Giliran si pemegang no.11 sampai untuk diuji..
Si pemegang no.11 berjalan agak kaku ke kereta melihatkan sang JPJ India sedang menanti di dalam 'perut sang kancil'. Si pemegang no.11 sudah merasakan dirinya seperti 'nyawa-nyawa ikan' untuk lulus.
Beberapa saat 'si kancil' berjalan agak perlahan...menuju ke traffic light.
(traffic light makin dihampiri....)

JPJ : berhenti...(bengis)!!!!
Pemegang nom.11 : hah????(blurrrr...)( sambil menekan brek...)
JPJ : apa yang awak fikir nie...?
awak tau ape silap awak?
Pemegang no.11 : Tau...lambat berhenti (kaku seketika).
JPJ : Bukan!!!Awak berhenti bila dengar saje saya cakap berhenti...
Awk dah buat kesalahan MANDATORI, ... awak dah FAIL..
Berhenti kat tepi, biar saya drive,awk turun....
Pemegang no.11 : ooohhh,okokok!!!!!!!!!!
JPJ : apa yang awak belajar nie...?????
(si pemegang nom.11 diam seribu bahasa,kaku,bengang,tencion,depress tatkala mengenang dirinya yang sudah GAGAL..)

10.15 AM
Pandangan sayu si pemegang no.11 menembusi dinding, sedangkan mata si pemegang no.lain jauh melampaui litar ujian.
Si pemegang no.11 dihampiri cikgunya(uncle driving), terus meminta kertas hijau dari tanganku..
Mengeleng kepala lantas berkata,

" Kenapa ini macam...?Tak pe, u buat parking dan bukit elok-elok..U boleh buat parking......."

(inilah harapan yang uncle letak setelah melihat latihan cemerlang yang si pemegang no.11 lakukan semalam.)

Si pemegang no.11 hanya tersenyum sayu....mengenangkan dirinya yang telah merobekkan hati cikgunya..

11.30 AM

Perjuangan harus diteruskan...
Si pemegang no.11 merasakan dirinya bagai nyawa di hujung tanduk.
Berjalan malas menuju ke 'si kancil' dengan sedikit keyakinan...

......memandu terus ke bukit( buatan manusia) dengan harapan tinggi supaya 'si kancil' tak meragam..
Kaki depan 'si kancil' tepat berada ke garisan kuning.Si pemegang no.11 mengangkat tangan ke arah sorang lagi pak cik JPJ.

Si pemegang no.11 kaku seketika di puncak bukit ...lupa segala ingatan.
'Si kancil' tiba-tiba berundur ke belakang, seolah-olah menyerah diri..
Si pemegang no.11hilang punca, tak tahu ape yang sudah dilakukannya di puncak bukit tersebut..

Berjalan lemah ke arah pak cik JPJ sambil tersenyum sayu...

Pak cik JPJ: (MEMANGGIL NAMAKU SAMBIL TERSENYUM NAKAL)......Pergi ke kaunter dan dapatkan cop...

Si pemegang no.11 mengambil kertas hijau dari tangan pak cik JPJ (yang dirasakannya lebih mulia berbanding JPJ India tadi )sambil bersuara lemah, " OK"..

12.00 noon

Sekali lagi si pemegang no.11 didekati cikgunya lantaran melihat anak muridnya lemah dan longlai.

Uncle : Jom balik...macam mane? PASS??
Pemegang no.11: (mengeleng kepala lemah)Tak, kereta terundur ke belakang..
Uncle : Hah???(kehairanan)
Pemegang no.11: Saya pun tak tau kenapa kereta tiba-tiba je undur ke belakang...(sekali lagi berjaya merobek hati uncle yang teruja melihat latihan yang dilakukan si pemegang no.11 semalam..)

Sesudah meninggalkan school driving...

Uncle : Semalam u buat CANTIK, tak miss satu pun..kenapa hari nie.....?(kecewa dan terkilan)
Pemegang no.11: Tak tau la uncle, sy xtau kenapa jadi macam nie, kereta tu tiba-tiba jea undur....
Uncle : U tak lepas kelas, u kena lepas kelas masa u tekan minyak.....(bla,bla bla.....)
Pemegang no.11: OOO....()bla, bla...)
Uncle : Tak pe...u buat lagi, ambik test lagi.......
----------------------------------
********TEST JPJ kali pertama GAGAL********

Si pemegang no.11 tak begitu mengharap yang dia akan lulus test JPJ setelah memandang muka bengis pegawai-pegawai JPJ tersebut.Dia pun tak meletakkan harapan tinggi menggunung untuk lulus. Tapi, apa yang dia kesalkan ialah dia telah mengecewakan hati 'cikgu' nya yang begitu yakin merasakan dia akan lulus.
Si pemegang no.11 berharap yang dia tak akan tengok muka JPJ bengis tue lepas nie dan si pemegang tau sang JPJ pun berkali-kali ganda tak nak jumpe SI PEMEGANG NO.11 lagi.. Bye bye sang JPJ...
Apa-apapun,SI PEMEGANG NO.11 tak kisah kena ambik balik test JPJ sebab Henry Ford, (pengasas kereta Ford) pun pernah berpuluh-puluh kali(xpasti angka sebenar) mengambil test JPJ sebelum membuka syarikat automobilnya sendiri dan menjadi antara orang terkaya pada masa itu....
----
19/11/08

Kak Sal ,
" Dalam 100 orang yang ambil test JPJ, 60 saje yang aku lulus dan 40 lagi fail,"

.......dan sekarang aku tau aku tergolong dalam kelompok yang mane....

--
Henry Ford tetap idola aku.....

3 comments:

chafizomie said...

JPJ : berhenti...(bengis)!!!!
Pemegang nom.11 : hah????(blurrrr...)( sambil menekan brek...)

berani mati tu babe!! fuh! confirm...lepas lima tahun awak boleh bawak kereta awak sendiri, baru saya akan naik dengan awak.

dan lagi.. dah cuba, dah usaha tak apa kalau tak berjaya. lain kali brek bagi ganas sket.tahu?

Anonymous said...

wahhh!!!..awk berhenti tengah jalan ke?? tabik la...

sy baik sikit...akn naik lepas 4 taun awk bawa kete ok..

ehh ms zaman henry ford ada ujian jpj gak ke?? dia ambik ujian kat malaysia ehhh *soalan nak mati

Anonymous said...

alaa....dulu abg pun ambik lesen keta dan moto dua kali, walaupun memang dah boleh drive kat jalan. la nih, ajak lumba pun abg no hal....tapi dah pencen laaaa.

usaha lif kejayaan.